Ahad, 9 Oktober 2011

Petua Imam Syafi'e

Empat perkara menguatkan badan


1. makan daging


2. memakai haruman


3. kerap mandi


4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan


1. banyak berkelamin (bersetubuh)


2. selalu cemas


3. banyak minum air ketika makan


4. banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata


1. duduk mengadap kiblat


2. bercelak sebelum tidur


3. memandang yang hijau


4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata


1. memandang najis


2. melihat orang dibunuh


3. melihat kemaluan


4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong


2. rajin bersugi (gosok gigi)


3. bercakap dengan orang soleh


4. bergaul dengan para ulama

CARA TIDUR


1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian
langit dan bumi.


2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk
memudahkan terjaga untuk solat malam.


3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan
makanan yang banyak dimakan.


4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

*Kalau ada kesudian . Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara
Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. SELAMAT BERAMAL.

2 ulasan: