Ahad, 9 Oktober 2011

AURAT WANITA DARI FIRMAN ALLAH DAN HADIS-HADIS NABI

1. Bulu kening :


Menurut Bukhari, "Rasullulah saw melaknat perempuan yang mencukur atau
menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening."
(Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari).

2. Kaki (tumit kaki) :


"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau
mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."
(An-Nur: 31).
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan
mengikut hentakan kaki.

3. Wangian :

"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati
suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah
dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina."
(Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada :


"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi
dada-dada mereka.” (An-Nur : 31)

5. Gigi :


"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya." (Riwayat At-Thabrani), "Dilaknat perempuan yang
menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan
Allah".
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan :

"Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian
yang tipis. Sabda Rasullulah:” Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis
yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan
kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan
Bukhari).

7. Tangan :


"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". (Riwayat
At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata :


"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan
sebahagian dari pemandangannya."
(An Nur : 31). Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu
mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama,
pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan
Tirmidzi).

9. Mulut (suara) :

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,
tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Al Ahzab: 32.)

Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka
namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan
tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " (An Nur
:31).

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah
ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya."
(Riwayat Al Bazzar).


"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah
suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan
Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian :

"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan
memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad,
Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang
berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang
lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak
akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan
berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu
dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab
(baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah
dikenali.
Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha
penyayang." (Al Ahzab : 59).

12. Rambut :


"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang
bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).


"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada
kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250)



Assalamualaikum wbt.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan