Isnin, 22 Ogos 2011

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW

(Khutbah ini di sampaikan oleh Rasulullah SAW 
pada 9 Dzulhijjah 10 h Di lembah uranah,Arafah)

Ya,saudara-saudaraku,perhatikan apa yang akan aku sampaikan,
aku tidak tahu apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian
.Dengan itu degarkan baik-baik apa kukatakan dan sampaikan ini kapada
mereka yang tidak dapat hadir pada waktu ini.

Ya saudara-saudaraku ,seperti kita ketahui ,bulan ini ,hari ini dan kota ini
adalah suci,oleh itu pandanglah kehidupan dan dan milik setiap orang muslim
sebagai kepercayaan yang suci.

Kembalikan barang-barang yang diamanah kepadamu kepada pemilik
yang sebenarnya. Jangan engkau lukai orang lain sebagaimana orang lain
tidak melukaimu..

Ingatlah bahawa kamu akan bertemu degan ALLAH SWT dan dia akan
memperhitungkan amalanmu degan sebenar-benarnya.ALLAH SWT 
telah melarangmu memungut riba ,oleh itu mula dari sekarang ini dan 
untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan..

Waspadalah terhadap syaitan,demi keselamatan Agamamu.Dia talah kehilangan
semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata,tapi
waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya..

Ya,saudara-saudaraku adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap
isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu..

Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperolah haknya
untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak..

Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap
mereka, kerana mereka adalah pendampingmu dan penolongmu yang setia.
Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman degan orang-orang  yang 
tidak kamu sukai dan juga terlarang melakukan perzinaan..

Ya,saudara-saudaraku, degarkanlah baik-baik  sembahlah Allah,
solat 5 kali dalam sehari, laksanakan puasa selama bulan ramadhan,
 dan tunaikanlah zakat, serta laksanakanlah ibadah haji bila mampu.
katahuilah bahawa sesama muslim adalah bersudara. Kamu semua
 adalah sedarjat. Tidak ada perbadaan  satu terhadap yang lain kecuali
ketaqwaan dan amal salih. Ingatlah..

Suata hari kamu akan meghadap Allah dan harus mempertanggungjawabkan
semua amalanmun kerana itu berhati-hatilah  jangan menyimpang dari jalan
kebenaran setelah pemergianku nanti..

Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada nabi atau Rasul sesudahku 
dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Oleh itu degarkan lah baik-baik
ya saudaraku dan pahamilah kata-kata yangku sampaikan kepadamu, 
bahawa aku meninggalkan 2 pusaka, AL-QURAN dan contoh-contoh sebagai
AS-SUNNAH dan bila kalian mengikutnya tidak mungkin akan tersesat..

Siapa yang mendegarkan perkataanku ini wajib menyampaikan kepada
yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku,
ini akan lebih baik dari yang langsung mendegarkan.Demi Allah aku bersaksi
bahawa aku telah menyampaikan ajaran-Mu kepada umatku ya ALLAH..

"SAMPAIKANLAH MESEJ INI KEPADA SAUDARA KITA 
YANG LAIN DAN SEMOGA ALLAH SWT AKAN MEMBERIKAN
RAHMATNYA . AMIN YA RABBAL ALAMIN"


Jumaat, 19 Ogos 2011

Keajaiban di peperangan Gaza

Buat pedoman kita...yakinlah sesungguhnya Allah sentiasa bersama mujahid palestin..
jangan terikut-ikut kata2 orang munafik yg mereka berpecah & lain2 fitnah.
yang berpecah adalah manusia2 hipokrit bertopengkan pejuang.

Allah-hu-akbar. ...

Keajaiban di peperangan Gaza

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya..

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!

Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza
bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program "Malam Selamatkan Palestin" di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel . Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

5. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan.. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

6. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki.Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah
swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun
lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. " (Fussilat:52) .

Selasa, 16 Ogos 2011

Azan dan kebijaksanaan ALLAH S.W.T





Allahu Akbar!!  ADAB MENDENGAR AZAN



Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya
Yang tidak Kita ketahui.Coba Kita amati.. Mengapa
Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik
Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratulmaut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah
Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan
Diri, jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan
Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib
Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu
Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri.
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas siapa yang berbicara ketika azan, Allah
Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan
Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita 


Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang

Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah


 'Lailahaillallah. .'
semasa sakaratul maut menghampiri kami... Amin... amin.. amin


 Yarobbala'lamin. .'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau di akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..


Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia

 akan mengalunkan azan,

mengakui 'Bahawa Allah Saja Yang Patut Disembah,

dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Diawali dengan Indonesia

 yang terletak dibahagian 

timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah

penduduknya sebanyak 180 juta.
Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mulai berkumandang dari kawasan
 ini dengan ribuan

 Bilal yang akan melaungkan

Ke-Agungan Allah S...W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia .
Perbedaan waktu antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam

.Belum alunan

Azan merata Indonesia selesai, dimulai pula di Malaysia ..

Berikutnya di-Burma dan dalam waktu satu jam selepas Azan 
dialunkan di-Jakarta,

tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikutnya alunanannya akan kedengaran di Calcutta dan terus 
ke Srinagar dibarat India .


Perbedaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 menit jadi
dalam jangka waktu ini,

Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir

di-Pakistan,
Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbedaan
 waktu antara Muscat 
dan Baghdad adalah satu jam.

Dalam jangka waktu

ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah,
 Yaman , Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.

Jarak masa Azan mula dialunkankan di Indonesia sehingga ke
 pantai timur Atlantik

adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang
 di pantai Timur Atlantik,

 Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia.

Ini berterusan

bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pengeras suara,
akan bergetar


 satu dunia dengan alunan Azan yang tidak putus-putus.


Allahu Akhbar!

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui 
e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.
.....FIKIRKAN LAH, tepuk dadamu tanya imanmu.

Tangisan Rasulullah Menggoncangkan Arasy




Tangisan Rasulullah Menggoncangkan Arasy

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.

"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkank u, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?" "Saya percaya dengan betul-betul atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.
"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: "Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya. "

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?"

Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya, ' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan- Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya! '

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab
dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya."

-sumber bernama-




KEBESARAN ALLAH YG BR DITEMUI. SUNGAI DIBAWAH LAUTAN.


ALLAH IS GREAT !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 
Kisah Air Masin & Air Tawar

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti
kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan..."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

 
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun dauna





Namun pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, namun nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t. 

Rabu, 10 Ogos 2011

The Arrivals..

A documentary about the comings of the Antichrist / Dajjal, Imam Mahdi, and the second coming of Jesus (Nabi Isa). A very powerful and unprecedented documentary with Bahasa Melayu subtitles. All credits due to Noreagaaa and Achernahr.


0. The Arrivals Part 00 (Intro) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=x9zrPH6HMu4


1. The Arrivals Part 01 (Bukti Dari Quran) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=rH1phewP9V8


2. The Arrivals Part 02 (Penguasaan Minda) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=CH-rmht54k8


3. The Arrivals Part 03 (Penguasaan Minda Kanak-Kanak) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=fDORQQXHsao


4. The Arrivals Part 04 (Bukti-bukti Ketibaan Dajjal) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=5ithlxj07eo


5. The Arrivals Part 05 (Senibina dan Tenaga) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=uYHyt61S2ao


6. The Arrivals Part 06 (Peperangan Tenaga Manusia) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=FJO12nqv2-Y


7. The Arrivals Part 07 (Firaun-firaun Hari Ini) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=JYn1Eup2wqM


8. The Arrivals Part 08 (Bukti-bukti mengejutkan tentang Firaun) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=mjJg9OswNfs


9. The Arrivals Part 09 (Hashemfilms) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=9yYll0ht9wc


10. The Arrivals Part 10 (Pemerintahan Dunia Baru) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=E_5QJD7KOq0


11. The Arrivals Part 11 (Sihir Lagu-Lagu) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=ZalC6K0j1Fs


12. The Arrivals Part 12 (Cerahkan Kegelapan) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=JQ5Joqsxb4A


13. The Arrivals Part 13 (Gadis Berbaju Merah) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=YK_Zv-jnKsY


14. The Arrivals Part 14 (Penipuan Hollywood) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=i5hgSzcSyos


15. The Arrivals Part 15 (Hollywood dan Tanah yang Dijanjikan) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=8AJTji8fA9o


16. The Arrivals Part 16 (Media dan Islam) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=9wIJnpyPvKQ


17. The Arrivals Part 17 (Perang Atas Nama Keganasan) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=mIQ9DYM2ZSQ


18. The Arrivals Part 18 (Dua Muka Demokrasi) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=59lRTJxwgB4


19. The Arrivals Part 19 (Fenomena UFO 1) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=QUy1hDcNkOg


20. The Arrivals Part 20 (Fenomena UFO 2) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=EA2ASINloFA


21. The Arrivals Part 21 (Apa yang Akan Datang) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=da4vqnpYf1A


22. The Arrivals Part 22 (Budaya Kesyaitanan Kita) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=f4ayiy4P8nc


23. The Arrivals Part 23 (Kebendaan dan Peperangan Dalaman) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=CsBUqJ9zd90


24. The Arrivals Part 24 (Kebebasan Dicabut) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=xLx7FhojLOU


25. The Arrivals Part 25 (Dajjal Sudah Tiba 1) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=RU7kWKcogAE


26. The Arrivals Part 26 (Dajjal Sudah Tiba 2) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=BBegYJfy7cI


27. The Arrivals Part 27 (Mengapa Kesyaitanan Diamalkan Para Pemerintah Kita 1)
=> http://www.youtube.com/watch?v=AjmcunmGd8U


28. The Arrivals Part 28 (Mengapa Kesyaitanan Diamalkan Para Pemerintah Kita 2)
=> http://www.youtube.com/watch?v=ibJdXuHW8WM


29. The Arrivals Part 29 (Perkara Sebenar Tentang Tuhan-Tuhan Itu) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=cgjmSYQ7I6s


30. The Arrivals Part 30 (Lantai Hitam Putih dan Tuhan-Tuhan Itu) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=7SLDagh2Z2o


31. The Arrivals Part 31 (Penipuan Terbesar) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=WjG1OkKTicI


32. The Arrivals Part 32 (Kebenaran yang Paling Bermakna) - Malay Subs
=> http://www.youtube.com/watch?v=xuQKSkKFkVw


33. The Arrivals Part 33 (Pilihan Terletak Pada Kamu) - Malay Subs
=> http://www.youtube.com/watch?v=CwoQGnpUZ98


34. The Arrivals Part 34 (Pencerobohan Agama) - Malay Subs
=> http://www.youtube.com/watch?v=YRq0J8EudcM


35. The Arrivals Part 35 (Istana Nabi Sulaiman) - Malay Subs
=> http://www.youtube.com/watch?v=gIK6k94Ymx8


36. The Arrivals Part 36 (Kisah Nabi Isa) - Malay Subs
=> http://www.youtube.com/watch?v=0vIa_7skxiE


37. The Arrivals Part 37 (Tuhan Matahari) - Malay Subs
=> http://www.youtube.com/watch?v=XtKFxN5wTkI


38. The Arrivals Part 38 (Kisah Islam) - Malay Subs
=> http://www.youtube.com/watch?v=rF7pr3qNRJ0


39. The Arrivals Part 39 (Para Imam dan Khalifah) - Malay Subs
=> http://www.youtube.com/watch?v=9mGY_gfPtD4


40. The Arrivals Part 40 (Persamaan yang Dikongsi Bersama) - Malay Subs
=> http://www.youtube.com/watch?v=pDmpaufmslg


41. The Arrivals Part 41 (Dua Keturunan) - Malay Subs
=> http://www.youtube.com/watch?v=KFGSs9Id6g4


42. The Arrivals Part 42 (Penjaga Gerbang) - Malay Subs
=> http://www.youtube.com/watch?v=Cd6uiz4q9wM


43. The Arrivals Part 43 (Perlambangan 9/11) - Malay Subs
=> http://www.youtube.com/watch?v=7uIpa_ttZnY


44. The Arrivals Part 44 (Kepentingan Ka'bah) - Malay Subs
=> http://www.youtube.com/watch?v=AYDgF_3IDwM


45. The Arrivals Part 45 (Ka'bah dan Upacara 9/11) - Malay Subs
=> http://www.youtube.com/watch?v=BnrU-M8GWVM


46. The Arrivals Part 46 (Insan yang Lengkap) - Malay Subs
=> http://www.youtube.com/watch?v=tkRFOpStmHA


47. The Arrivals Part 47 (Insan yang Bebas) - Malay Subs
=> http://www.youtube.com/watch?v=VDuWF5Oavrw


48. The Arrivals Part 48 (Ketibaan Imam Mahdi) - Malay Subs
=> http://www.youtube.com/watch?v=l20cu1zQ_aE


49. The Arrivals Part 49 (Ketibaan Dajjal) - Malay Subs
=> http://www.youtube.com/watch?v=_L4W1YrgOEM


50. The Arrivals Part 50 (Ketibaan Nabi Isa) - Malay Subs
=> http://www.youtube.com/watch?v=BGiZ4CHUurc


51. The Arrivals pt. 51 (Penutup) - Malay Sub
=> http://www.youtube.com/watch?v=-uAwZhkOJAg

LARANGAN MEMINTA UPAH DALAM MENYAMPAIKAN ISLAM



الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد


Allah tak pernah perintah Rasulullah Muhammad SAW untuk bisnes / bisnis dalam menyebar ilmu. Allah memerintah agar tak mengambil upah dalam menyebar ilmu.


Bila dahulu para sahabat menyebarkan ILMU dengan meminta upah pada rakyat, atau melarang menulis tanpa bayar upah padanya, maka Islam yang mulia ini TIDAK akan pernah sampai pada kita.


Mereka Itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, Maka ikutilah petunjuk mereka. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepadamu dalam menyampaikan." Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk seluruh ummat. (QS. 6 AL-AN’AM:90)


Katakanlah: "Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan orang-orang yang mau mengambil jalan kepada Tuhan nya. (QS. 25 AL-FURQON:57)


Atau kamu meminta upah kepada mereka?", Maka upah dari Tuhanmu adalah lebih baik, dan Dia adalah pemberi rezki yang paling baik.
(QS. 23 AL-MU’MINUUN:72)


Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan-ajakan itu; Upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.
(QS. 26 Asy Syu'araa':109)


Dan sekali-kali aku tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; Upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.
(QS. 26 Asy Syu'araa':127)


Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu, Upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.
(QS. 26 Asy Syu'araa':145)


Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; Upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semeta alam.
(QS. 26 Asy Syu'araa':164)


Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; Upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam. (QS. 26 Asy Syu'araa':180)


Dan (dia berkata): "Hai kaumku, aku tiada meminta harta benda kepada kamu bagi seruanku. Upahku hanyalah dari Allah dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya mereka akan bertemu dengan Tuhannya, akan tetapi aku memandangmu suatu kaum yang tidak Mengetahui".
(QS. 11 HUUD:29)


Hai kaumku, aku tidak meminta upah kepadamu bagi seruanku ini. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah yang telah menciptakanku. Maka tidakkah kamu memikirkan?" (QS. 11 HUUD:51)


Katakanlah: "Upah apapun yang aku minta kepadamu, Maka itu untuk kamu[**]. Upahku hanyalah dari Allah, dan Dia Maha mengetahui segala sesuatu". (QS.34 SABA’:47)


[**] Yang dimaksud dengan Perkataan ini ialah bahwa Rasulullah s.a.w. sekali-kali tidak meminta upah kepada mereka. tetapi yang diminta Rasulullah s.a.w. sebagai upah ialah agar mereka beriman kepada Allah. dan iman itu adalah buat kebaikan mereka sendiri.


Katakanlah: "Aku tidak meminta upah sedikitpun padamu atas da'wahku dan bukanlah aku Termasuk orang-orang yang mengada-adakan. (QS. 38 SHAAD:86)


Jika kamu berpaling, aku tidak meminta upah sedikitpun dari padamu. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah belaka, dan aku disuruh supaya aku Termasuk golongan orang-orang yang berserah diri".
(QS. YUNUS:72)


Dan kamu sekali-kali tidak meminta UPAH kepada mereka, itu tidak lain hanyalah pengajaran bagi semesta alam. (QS. 12 YUSUF:104).


Menyampaikan islam & mengajar mengaji itu lain, dalam mengajar mengaji maka Rasulullah Muhammad SAW membolehkan upah yg diambil dari Baitul Maal.

Khamis, 4 Ogos 2011

Mata siapa yang tidak pernah menangis??

 Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain. 
  
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. 
  
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" 
  
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah" 
  
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" 
  
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun" 
  
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini" 
  
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?" 
  
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" 
  
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. 
  
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. 
  
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. 
  
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. 
  
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. 
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" 
  
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. 
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. 
  
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut 
  
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu" 
  
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. 
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. 
  
"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". 
  
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu" 
  
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. 
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". 
  
"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. 
Aku tak perlukan itu lagi". 
  
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka" 
  
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! 
  
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. 
  
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. 
  
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang 
  
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!